––––•(-•RøÑÑ•-)•––––
Seni Untuk Dinikmati...
Saturday, February 6, 2010
Tanjung Simpang Mangayau
Sunday, April 5, 2009
MTV-KARAOKE Ronn-Langad
Monday, February 23, 2009
Cover Album "Ronn-Langad"

Hai, kawan2. Bah, inilah kunun2 saya punya cover album (CD) yang sudah ada di pasaran sekarang. Kebanyakkan CD saya ada di kedai2 di Kota Marudu dan Kudat dan mungkin ada juga di KK lah (Buli kontek Mr. Peter Poninting di talian 019-5399010). Dan baru sebentar tadi saya bertelefon dengan Mr. Badadang (PERTISA) dan "barang" saya ini juga boleh di dapati dari pejabat PERTISA lah. Hahahahaha. Tempat2 lain saya tidak pasti kerana album saya ni kurang promosi dan langsung tiada pelancaran tapi mungkin bila MTV Karaoke keluar nanti, saya akan buat juga pelancarannya. Kui...Kui...Kui...
Saya harap ramai juga yang suka lagu2 saya walaupun saya sebenarnya agak gelisah juga memandangkan saya tidak tahu sejauh mana penerimaan orang/peminat terhadap lagu2 saya. Lagu2 dalam album saya kebanyakkannya saya buat sendiri dan ada juga oleh orang lain lah macam abang saya Mr. Yahya M, kawan lama Mr. Jackson Jailip @ Aman. Banyak lagu "dangdut" yang boleh buat orang bergelek juga lah. Hahahaha. Salah satu lagu dalam album ini bertajuk "ESTHER" anda boleh dengar di Rancangan Bontugan Sinding setiap hari ahad di Radio Sabah VFM setiap lebih kurang jam 9.30 malam (Tapi saya dengar2, buat masa ini Rancangan Bontugan sinding direhatkan sementara mungkin untuk memberi laluan kepada, Pertandingan Akhir Bontugan Sinding).
Kalau ada di kalangan kawan2 semua yang telah mendengar lagu2 saya, anda boleh lah memberi komen kepada saya dengan menghantar email di ronn_fc@rocketmail.com atau SMS/call saya di talian 014-8540555 supaya saya boleh memperbaikinya dimasa-masa akan datang. Saya akui, masih banyak kekurangan di dalam album saya dan nasihat dari kawan2 dan peminat2 lah yang dapat membantu saya. Yang penting, jangan marah2 dan sayang2 selalu. Hahahaha. (Don't drink and drive, don't kill your brother. Hahahaha)
Saturday, February 21, 2009
ESTHER...
ESTHER...
koupusan ku ika songulun
ngaran nu manud-tanud doho
ESTHER...
di au ku milo do lihuan
ESTHER...
soroho ngawi janji to
di amu kito mitongkiad
ESTHER...
kada tongkiadai iti piginawaan to
C/O
kada lihuai ngawi
nunu nopo borosnu doho
miruba kito insan tadau
popolombus do suang ginawo
ESTHER...
osorow ku ika kasari
soira kito amu kopiruba
ESTHER...
ko ihad oku do langadon dika
Lagu/Lirik/Penyanyi : Ronn
Sinsuran, KK 1997.
Apa Khabar semuanya?...Hahahaha. ESTHER adalah lagu yang pertama sekali saya buat dalam hidup saya, masa itu saya masih lagi budak hingusan, baru 16 tahun umur. Lagu ini tiada kena-mengena dengan sesiapa yang bernama Esther sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia dan ini hanyalah imaginasi sahaja ketika membuat lagu dimana ketika itu saya selalu ikut abang saya (Mr. Yahya M) dan kawan-kawan dia pergi Jamming di KK dan saya tengok mereka ini suka buat lagu, jadi untuk tidak mau akun kalah, saya pun buat juga lagu sendiri. Setelah 11 tahun berlalu, pada bulan 3 tahun 2008 barulah saya mendapat peluang untuk merakamkan lagu ini di "Tuni Micro Studio" kendalian saudara Herris Yutui di Johor Bahru, Johor. Dan kini lagu ini saya boleh kongsikan bersama kawan-kawan, saudara-mara, peminat-peminat (cheh!, perasan) dan sesiapa saja. Sesiapa yang mau dengar lagu ini, bolehlah dapatkan album saya berjudul "Ronn-Langad" dalam bentuk CD atau boleh minta DJ Radio Sabah VFM (Mr. DJ Mattinin Yukim atau DJ Maidah Yungkit atau siapa2 saja DJ Radio Sabah VFM Siaran Bahasa Dusun) untuk putarkan di radio dan kalau sudi, anda boleh juga undi lagu Esther ini di Bontugan Sinding, Radio Sabah VFM siaran Bahasa Dusun (rancangan pada setiap hari ahad, jam lebih kurang 9.30 malam) dengan menaip JLD RON dan hantar ke 32776. MTV karaoke album "Ronn-Langad" juga akan berada di pasaran tidak lama lagi. Jangan lupa beli sekadar untuk sokongan (sekadar untuk menikmati seni). Hahahahaha.
Untuk mendapatkan Album "Ronn-Langad" anda boleh menghubungi:
No tel: 013-7848365
2. Mr. Peter Poninting (DE[Q] Distribution, Bundusan, KK)
No tel: 019-5399010
3. Mr. K.Y Voon (Gunsanggong Music, Kudat, Sabah)
4. Mr. Jatius Bararang ( Isabel Polysound Music, Kota Marudu, Sabah)
No tel: 019-8605531
5. Mr. Jumatri Kolong (Seri Kembangan, Selangor D.E)
No tel: 019-5306899
6. Mr. Juning Mulut (Kampung Batutai, Kota Marudu, Sabah)
No tel: 019-8703706
7. Mr. Yahya Mulut (Kampung Batutai, Kota Marudu, Sabah)
No tel: 019-5048319
8. Mr. Zakaria Mulut (Kilang Langkon, Kota Marudu, Sabah)
NO tel: 019-8965091
9. Mr. Robby Mulut (Kem Harrington, KK, Sabah)
No tel: 0135588361
10. Mr. Ronn (IPD Johor Bahru Selatan, Johor)
No tel: 014-8540555
Yang lain-lain, anda cuba-cuba lah tengok di Kadai2 CD, VCD, Kaset berhampiran mana tau ada juga distributor saya hantar. Susah juga bah kalau, saya di sini Johor tapi produk sana Sabah, Negeri di bawah bayu. Promosi pun kurang lagi tu. Hahahaha.
Friday, December 5, 2008
Berkhidmat Untuk Negara...

