Monday, February 23, 2009

Cover Album "Ronn-Langad"



Hai, kawan2. Bah, inilah kunun2 saya punya cover album (CD) yang sudah ada di pasaran sekarang. Kebanyakkan CD saya ada di kedai2 di Kota Marudu dan Kudat dan mungkin ada juga di KK lah (Buli kontek Mr. Peter Poninting di talian 019-5399010). Dan baru sebentar tadi saya bertelefon dengan Mr. Badadang (PERTISA) dan "barang" saya ini juga boleh di dapati dari pejabat PERTISA lah. Hahahahaha. Tempat2 lain saya tidak pasti kerana album saya ni kurang promosi dan langsung tiada pelancaran tapi mungkin bila MTV Karaoke keluar nanti, saya akan buat juga pelancarannya. Kui...Kui...Kui...

Saya harap ramai juga yang suka lagu2 saya walaupun saya sebenarnya agak gelisah juga memandangkan saya tidak tahu sejauh mana penerimaan orang/peminat terhadap lagu2 saya. Lagu2 dalam album saya kebanyakkannya saya buat sendiri dan ada juga oleh orang lain lah macam abang saya Mr. Yahya M, kawan lama Mr. Jackson Jailip @ Aman. Banyak lagu "dangdut" yang boleh buat orang bergelek juga lah. Hahahaha. Salah satu lagu dalam album ini bertajuk "ESTHER" anda boleh dengar di Rancangan Bontugan Sinding setiap hari ahad di Radio Sabah VFM setiap lebih kurang jam 9.30 malam (Tapi saya dengar2, buat masa ini Rancangan Bontugan sinding direhatkan sementara mungkin untuk memberi laluan kepada, Pertandingan Akhir Bontugan Sinding).

Kalau ada di kalangan kawan2 semua yang telah mendengar lagu2 saya, anda boleh lah memberi komen kepada saya dengan menghantar email di ronn_fc@rocketmail.com atau SMS/call saya di talian 014-8540555 supaya saya boleh memperbaikinya dimasa-masa akan datang. Saya akui, masih banyak kekurangan di dalam album saya dan nasihat dari kawan2 dan peminat2 lah yang dapat membantu saya. Yang penting, jangan marah2 dan sayang2 selalu. Hahahaha. (Don't drink and drive, don't kill your brother. Hahahaha)

1 comment:

Farah Nuranis said...

semoga terus sukses...